Cara COD (Cash On Delivery)
Untuk bahagian ini akan diterangkan cara COD berfungsi. Kedai runcit saya melakukan COD apabila mendapat tempahan daripada WhatsApp ataupun pelanggan menelefon untuk membuat tempahan yang ingin dibeli di kedai saya. Selain itu saya bukan sahaja menjual ayam proses segar tetapi juga menjual barang-barangan runcit di kedai saya. Selepas saya mendapat tempahan daripada pelanggan. Saya akan mula membungkus tempahan dari pelanggan dan dimasukkan ke atas kenderaan (Pick-up Truck) supaya dapat dihantar ke pelanggan. Saya akan memulakan COD pada jam 10.00 pagi. Pembayaran akan dilakukan oleh pelanggan apabila barang sampai atau melalui sistem online. Saya juga menghantar ke kedai makan, restoran, kantin sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, kenduri dan lain-lain.
Ulasan
Catat Ulasan